Sokongan bagi ibu bapa, kesejahteraan mental dan usaha memupuk sebuah masyarakat yang baik budi merupakan antara isu yang diketengahkan Anggota Parlimen (AP) muka baru dalam ucapan sulung mereka di Parlimen pada 24 September.
Para AP penggal pertama itu mengemukakan pelbagai saranan dan inisiatif sokongan dalam usaha membina sebuah masyarakat Singapura yang lebih berdaya tahan dan penuh belas kasihan.





