Sembilan pemandu ditahan dalam operasi pada separuh kedua September kerana menawarkan perkhidmatan kereta sewa privet haram. Kenderaan mereka turut dirampas.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kiriman di Facebook pada 26 September berkata pemandu tersebut ditangkap semasa rondaan di Arab Street, Pusat Kapal Peleseran Marina Bay, Marsiling Road dan Lapangan Terbang Changi, lapor The Straits Times (ST).





