Kata sang peminat tegar karyaku selalu menghibur serta senantiasa segar; kata sesetengah pakar karyaku sarat khutbah malah sekadar sampah.
Tidak peduli kata mereka aku catat apa-apa sahaja biarpun tiada yang baca; yang penting tiada lucah tidak juga menabur fitnah atau ajak orang bertengkar.





