WIESBADEN: Pasukan bomba di Wiesbaden, Jerman barat, berdepan situasi pelik pada 4 Oktober apabila mereka dipanggil berkali-kali kerana laporan kebocoran gas yang rupa-rupanya berpunca daripada bau durian.
Menurut pihak berkuasa, panggilan pertama diterima pada petang 4 Oktober selepas pengunjung sebuah pusat beli-belah mengadu terhidu bau gas yang kuat.





