IWASHINGTON: Israel dan Hamas telah menandatangani fasa pertama pelan damai Gaza yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat, sekali gus membuka jalan bagi pembebasan semua tebusan Israel, umum Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada 8 Oktober.
“Saya amat berbangga untuk mengumumkan bahawa Israel dan Hamas telah menandatangani fasa pertama Pelan Damai kami,” kata Encik Trump dalam kenyataannya di platform Truth Social.





