Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, telah mengadakan lawatan ke pejabat Berita Harian (BH) pada 17 Oktober, sebagai sebahagian daripada usaha beliau mendekati dan memahami operasi akhbar nasional berbahasa Melayu ini.
Semasa lawatan tersebut, Encik Chan mendengar taklimat mengenai transformasi digital dan pembangunan bilik berita BH yang giat dijalankan sejak 2023 oleh Editor BH, Encik Nazry Mokhtar...





