Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memperuntukkan geran $15 juta bagi menggalak penyertaan institusi kewangan dalam pasaran karbon yang sedang berkembang.
Institusi kewangan termasuk bank, firma penasihat kewangan, syarikat insurans dan pelabur.
Dalam pengumuman Geran Pembangunan Pasaran Karbon Sektor Kewangan pada 28 Oktober, MAS bersama Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Sekretariat Perubahan Iklim Kebangsaan (NCCS) dan Enterprise Singapore (EnterpriseSG) berkata, geran itu...




