KUALA KANGSAR (Perak): Mahkamah Majistret di sini pada 29 Oktober membenarkan jaminan RM1,500 ($463.2) setiap seorang lima remaja yang ditahan selepas terbabit dalam satu kejadian tular menunggang motosikal secara berbahaya serta menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pada 19 Oktober lalu.
Jaminan masing-masing dengan seorang penjamin itu adalah selepas kelima-lima pelajar sekolah berkenaan membuat pengakuan bersalah ketika dihadapkan...





