Khairy, sertai, balik, Umno
MalaysiaOct 30, 2025 | 10:06 AM

Khairy sertai semula Umno?

KUALA LUMPUR: Mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, dijangka menyertai semula Umno sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada hujung November.

Sumber berkata mantan Ahli Parlimen (AP) Rembau itu yang kini menjadi penyampai radio di Hot FM sudah mendapat ‘restu’ pimpinan tertinggi Umno khususnya Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk kembali ke pangkuan parti itu.

Pengumpulan bukti dan mendapatkan kerjasama syarikat luar negara merupakan dua cabaran utama dalam menguatkuasakan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.
SingapuraOct 27, 2026 | 3:48 PM

Grace Fu: S’pura mahu perketat undang-undang jerebu meski depan cabaran kumpul bukti, kerjasama

Singapura sedang meneliti usaha memperkukuh undang-undang jerebu rentas sempadan bagi menangani kelemahan penguatkuasaan dan meningkatkan keupayaan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab atas kebakaran.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata pada 27 Oktober bahawa pengumpulan bukti dan mendapatkan kerjasama syarikat luar negara merupakan dua cabaran utama dalam menguatkuasakan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

Seorang wanita membuang undi dalam pilihan raya umum Israel di bandar majoriti Arab, Umm al-Fahm, di utara Israel, pada 27 Oktober. Lebih 7.3 juta rakyat Israel layak mengundi dalam pilihan raya pertama sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 dan peperangan di Gaza. Pengundi Arab, yang membentuk kira-kira satu perlima penduduk Israel, turut menjadi tumpuan kerana undi mereka berpotensi menentukan pembentukan pemerintah baru sekiranya tiada gabungan politik memperoleh majoriti jelas.
DuniaOct 27, 2026 | 3:47 PM

Rakyat Israel keluar mengundi, masa depan politik Netanyahu jadi pertaruhan

BAITULMAKDIS: Rakyat Israel keluar mengundi pada 27 Oktober dalam pilihan raya umum yang dianggap antara paling penting dalam sejarah negara itu, dengan masa depan politik Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu, menjadi tumpuan selepas tiga tahun peperangan di Gaza.

Pilihan raya itu merupakan yang pertama sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, yang mencetuskan peperangan berpanjangan di Gaza dan membawa kesan...

Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Encik Mohd Hairi Mad Shah berkata hubungan antara parti komponen BN telah lama terjalin dan semua pihak perlu bersikap matang dalam menangani perbezaan.
MalaysiaOct 27, 2026 | 3:43 PM

Pemuda Umno: Tangani perbezaan dengan rundingan

JOHOR BAHRU: Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Encik Mohd Hairi Mad Shah, menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) menyelesaikan sebarang ketidakpuasan hati melalui rundingan dan mengelakkan tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan gabungan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau turut mengkritik kenyataan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai hubungan Umno dengan MCA, sambil menegaskan bahawa urusan dalaman BN perlu...

Bengkel kaligrafi khas yang dikendalikan oleh Encik Lee Soon Heng (diri, tengah), Pendidik Kaligrafi di Pusat Pendidikan Sepanjang Hayat Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa).
SingapuraOct 27, 2026 | 3:42 PM

Maybank lancar pameran kaligrafi, tingkat kesedaran penipuan

Maybank Singapura telah melancarkan The Most Expensive Words, satu pameran percuma untuk orang ramai, yang diadakan di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dari 23 Oktober hingga 1 November.

Pameran tersebut mengetengahkan frasa yang lazim digunakan dalam bentuk karya seni kaligrafi, sebagai usaha proaktif untuk memperkasakan orang ramai agar dapat mengenal pasti taktik penipuan, membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat, serta...

Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong (tengah) menghadiri majlis perasmian Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura 2026 (Switch) pada 27 Oktober.
SingapuraOct 27, 2026 | 3:36 PM

S’pura lancar 4 inisiatif baharu bantu syarikat manfaat AI

Singapura melancarkan empat inisiatif baharu bagi menyokong syarikat dalam meningkatkan keupayaan mereka untuk melaksanakan dan memperluas penggunaan kecerdasan buatan (AI), serta memanfaatkan teknologi itu bagi mentransformasikan perniagaan masing-masing.

Inisiatif tersebut mencerminkan pengiktirafan Singapura bahawa AI akan menjadi pemacu utama gelombang inovasi seterusnya dalam masa terdekat, sekali gus mengubah cara idea, produk dan perkhidmatan baharu dibangunkan serta dikomersialkan.

Kerja Bebas atau Gaji Terjamin: Foodpanda Lancar Skim Pekerja Tetap
Play Video

Kos Sara Hidup & Perumahan: Pasangan Kongsi Cabaran Bina Keluarga
Play Video

Bentuk pasta buatan tangan suntik cita rasa Melayu
Play Video

‘Sekampung’ bantu ibu bapa kurang daya penglihatan besarkan anak
Play Video

Biasiswa pengajian Melayu MAS dipertingkat, perkasa ilmuwan serantau
Play Video