Pengendali bas persiaran Malaysia, Aeroline, yang memberi khidmat perjalanan antara Singapura dengan Malaysia, akan menghentikan sementara semua perjalanannya dari 6 November hingga 5 Disember.
Penggantungan itu diarahkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (Apad) kerana pengendali tersebut terus menurunkan penumpang di lokasi lain dan bukan di terminal bas bersepadu, menurut notis di laman web dan halaman media sosial Aeroline pada...





