Gambar Ulu Sungai Johor berhampiran Kampung Orang Asli Sayong Pinang.
MalaysiaNov 3, 2025 | 12:52 PM

Pencemaran Sungai Johor berpunca dari lombong pasir

Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan kejadian pencemaran air di Ulu Sungai Johor berpunca daripada kerosakan benteng kolam takungan lumpur di kawasan perlombongan pasir, yang menyebabkan air berlumpur mengalir masuk ke sistem sungai utama.

Kejadian yang dilaporkan pada 31 Oktober telah menjejas operasi beberapa loji rawatan air utama termasuk Loji Rawatan Air (LRA) Linggiu, Semangar dan Sungai Johor, selain turut memberi...

kemboja, cna
SingapuraAug 4, 2026 | 6:27 PM

Kemboja minta CNA perbetul laporan berhubung pelajar S’pura yang ‘hilang’

PHNOM PENH: Kementerian Penerangan Kemboja meminta saluran berita Singapura, Channel NewsAsia (CNA), supaya membuat pembetulan secara terbuka berkenaan kes ‘kehilangan’ seorang belia tempatan di negara itu.

Langkah itu diambil selepas pihak berkuasa Kemboja mengesahkan bahawa belia berkenaan, Cik Siti Aishah Siregar Sahat Siregar, 20 tahun, melakukan perjalanan ke Kemboja secara sukarela, dan bukannya mangsa pemerdagangan manusia atau ditahan tanpa kerelaannya.

Hutan Maju dilihat dari blok HDB di Clementi Street 13 pada 16 Julai.
SingapuraAug 4, 2026 | 6:26 PM

Pembangunan Sunset Way, Gillman Barracks perlu bagi penuhi keperluan perumahan S’pura

Pemerintah perlu membangunkan Gillman Barracks dan Sunset Way, yang terletak berdekatan Hutan Maju, untuk memenuhi keperluan perumahan Singapura dalam dekad akan datang, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Encik Alvin Tan.

Walau bagaimanapun, rancangan pembangunan belum dimuktamadkan dan pemerintah akan terus mendapatkan pandangan dan maklum balas orang ramai sebelum memutuskan bagaimana ia akan melaksanakan pembangunan kedua-dua tapak tersebut.

Hari Kebangsaan, NDP, baju-T, reka, cetak
Mata-mataAug 4, 2026 | 6:24 PM

Bapa reka, cetak baju buat anak sambut Hari Kebangsaan di sekolah

Apakah yang terlintas di fikiran apabila kita memikirkan tentang Singapura?

Adakah anda fikirkan mercu tanda ikonik seperti Marina Bay Sands dan Merlion, atau pengalaman harian seperti menaiki MRT, menikmati secawan kopi ‘O’ kosong di kedai, ataupun deretan flat HDB yang menjadi latar kehidupan seharian?

Rang undang-undang baharu itu memperkukuh rangka kerja kawal selia Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bagi mengekalkan kesediaan pertahanan awam dan piawaian keselamatan kebakaran, sambil menyokong persekitaran yang menggalakkan perusahaan dan mesra perniagaan.
SingapuraAug 4, 2026 | 6:23 PM

SCDF bakal diberi kuasa dakwa pembekal produk tempat perlindungan bom yang langgar peraturan

Tindakan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) terhadap pembekal produk tempat perlindungan bom yang tidak mematuhi peraturan akan menjadi lebih mudah jika cadangan pindaan undang-undang keselamatan kebakaran diluluskan.

Rang Undang-Undang Perlindungan Awam dan Keselamatan Kebakaran (Pindaan Pelbagai), yang dibentangkan di Parlimen pada 4 Ogos, turut mencadangkan supaya tempoh sah lesen dan permit keselamatan kebakaran dilanjutkan.

adik-beradik Williams, Terbuka Cincinnati, beregu wanita
SukanAug 4, 2026 | 5:32 PM

Adik-beradik Williams kembali berganding di Terbuka Cincinnati

OHIO (Amerika Syarikat): Serena Williams dan Venus Williams akan kembali berganding dalam acara beregu buat kali pertama sejak 2022 selepas menerima ‘wildcard’ untuk menyertai Terbuka Cincinnati Open pada Ogos ini.

Penganjur kejohanan mengumumkan pemberian ‘wildcard’ itu pada 3 Ogos, sekali gus membolehkan pasangan adik-beradik dari Amerika Syarikat itu kembali beraksi bersama, menjelang Terbuka Amerika, kejohanan Grand Slam terakhir musim ini.

Bila anak diumpan radikalisasi: Ibu bapa benteng pertama, perlu kenal 'dunia' anak
Play Video

Kali pertama cuba boling padang
Play Video

Singa kekalkan rentak kemenangan, tewas Timor-leste 2-0
Play Video

Sekolah perlu kekal terbuka dan selesa, cari keseimbangan antara keselamatan dan kebebasan
Play Video

Pelajar 14 tahun ditahan ISD, rancang tikam guru, rakan di sekolah
Play Video