Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan kesatuan gabungannya, Kesatuan Gabungan Pekerja-Pekerja Minuman dan Makanan (FDAWU), pada 4 November, telah bertemu dengan bekas kakitangan Twelve Cupcakes untuk menawarkan sokongan kewangan dan kerjaya.
Kesatuan itu berkongsi senarai syarikat yang sedang mengambil pekerja dalam pelbagai sektor, termasuk makanan dan minuman (F&B), runcit dan hospitaliti, dengan pekerja yang terjejas dalam satu pertemuan di FDAWU...





