JAKARTA: Polis Republik Indonesia (Polri) sedang menyiasat dua letupan yang berlaku di Sekolah Menengah Atas Negeri (Sman) 72 Kelapa Gading, Jakarta Utara pada 7 November, yang mencederakan sekurang-kurangnya 96 orang, termasuk seorang pelajar yang disyaki sebagai pelaku insiden tersebut.
Letupan itu berlaku sekitar tengah hari di dalam masjid sekolah, ketika para pelajar lelaki sedang menunaikan solat Jumaat.





