Raudhatul (Taman) Quran Masjid Ar-Raudhah sekali lagi melakar sejarah dengan penganjuran ‘Musabaqah Murottal Al-Quran’ kali kedua pada 16 November. Murottal ialah gaya membaca Al-Quran secara perlahan, dengan sebutan jelas, dan rentak tersusun untuk menggalak renungan dan pemahaman mendalam.
Musabaqah, atau pertandingan, tahunan ini terus menjadi platform penting dalam usaha Masjid Ar-Raudhah melahirkan generasi muda mahir, beradab dan bersemangat dalam penghayatan...





