Gelanggang futsal yang terletak di 32, Yishun Central 1 meriah dengan lebih 150 pemain yang berkumpul untuk satu pertandingan bola sepak pada 6 Disember.
Acara tahunan itu, yang dianjurkan bersama Masjid Tiga Serangkai (Masjid Ahmad, Masjid Hang Jebat dan Masjid Hussain Sulaiman) serta kempen Dadah Itu Haram (DIH), bertujuan menggalak gaya hidup sihat dan bebas dadah melalui sukan.





