Seorang remaja lelaki warga Singapura berusia 16 tahun yang menyalahgunakan dadah sintetik, etomidate, ditempatkan di Pusat Pemulihan Dadah (DRC), Jabatan Penjara Singapura, pada 27 November selama dua bulan, di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah (MDA), selepas ditangkap atas tiga kesalahan berkaitan bahan berkenaan.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) berkata pada 8 Disember, remaja itu merupakan penyalah...





