Kapal pelesiran Ovation of the Seas milik Royal Caribbean berlabuh di Pusat Kapal Persiaran Marina Bay (MBCC) pada 19 Januari, selepas menamatkan pelayaran selama tiga malam ke Pulau Pinang, Malaysia.
SingapuraJan 19, 2026 | 8:38 PM

Lelaki 27 tahun maut di kapal persiaran; polis tidak syak jenayah

Seorang lelaki berusia 27 tahun meninggal dunia di atas sebuah kapal persiaran yang berlabuh di perairan Singapura pada 19 Januari.

Menjawab pertanyaan daripada The Straits Times (ST), polis berkata mereka menerima panggilan bantuan di Pusat Kapal Persiaran Marina Bay (MBCC) sekitar 6.35 pagi.

Sejak 11 pagi, PUB telah memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi banyak kawasan di serata negara atas risiko banjir kilat.
SingapuraSep 27, 2026 | 3:31 PM

PUB gesa orang ramai jauhi beberapa kawasan di S’pura akibat risiko banjir kilat

Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi banyak kawasan di serata Singapura berikutan risiko banjir kilat, menurut agensi air negara PUB.

Dalam satu hantaran di platform media sosial X pada 11.57 pagi, PUB memberitahu bahawa banjir kilat telah berlaku di persimpangan Neo Pee Teck Lane dan Pasir Panjang Road.

Pemain pertahanan Cardiff City kelahiran Liverpool, Perry Ng, dipercayai merupakan atlet kelahiran luar negara pertama dengan keturunan generasi ketiga Singapura yang menjadi warga Republik ini.
SukanSep 27, 2026 | 3:11 PM

Perry Ng kini warganegara S’pura, sedia beraksi di Piala Asia

Pemain pertahanan Cardiff City kelahiran Liverpool, Perry Ng, berpeluang menyarung jersi skuad Singa untuk beraksi dalam Piala Asia di Arab Saudi dari 7 Januari hingga 5 Februari 2027, selepas menerima kewarganegaraan Singapura pada September.

Perkembangan itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Forrest Li, pada Kongres Tahunan FAS pada 27 September.

Menteri Undang-Undang, Encik Edwin Tong (dua dari kiri) dan Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade-Braddell Heights, Cik Diana Pang (dua dari kanan) berinteraksi dengan penduduk semasa perasmian pembukaan Pusat Penuaan Aktif (AAC) NTUC Health di Blok 11 Haig Road pada 27 September.
SingapuraSep 27, 2026 | 11:42 AM

Pasukan petugas pengantaraan baharu dilancar di Geylang Serai

Sebuah pasukan petugas pengantaraan baharu telah dibentuk di Geylang Serai bagi memberikan platform tambahan kepada penduduk untuk mengukuhkan hubungan kejiranan serta menangani perselisihan faham sesama jiran pada peringkat awal.

Inisiatif itu dilancarkan secara rasmi semasa Lawatan Masyarakat Menteri (MCV) oleh Menteri Undang-Undang, Encik Edwin Tong ke Geylang Serai pada 27 September, yang dihoskan oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade-Braddell...

pelawak veteran, landskap komedi, media sosial
HiburanSep 27, 2026 | 5:30 AM

Lawak ‘lama’, selera baharu: Pelawak ‘otai’ kongsi rasa

Beberapa puluh tahun lalu, masyarakat tempatan disajikan dengan lawak yang tidak kering gusi tatkala menonton rancangan komedi seperti The Unsangkarable dan Fiesta Komedi.

Kededua rancangan tersebut serta rancangan tahunan seperti, Sinar Lebaran, yang disiarkan sempena Hari Raya, menjadi tempat permainan pelawak veteran seperti Allahyarham Alias Kadir, Allahyarham Ishak Ahmad, Husin Saaban, Suhaimi Yusof dan Era Farida untuk menghiburkan penonton.

Di dalam pengangkutan awam seperti bas, kita berkongsi ruang yang terhad dengan orang yang mempunyai keperluan, keadaan kesihatan dan tahap toleransi berbeza. Oleh itu, kebebasan individu perlu disertai kesedaran bahawa setiap tindakan mempunyai kesan terhadap orang sekeliling.
PandanganSep 27, 2026 | 5:30 AM

Keselesaan dalam pengangkutan awam tanggungjawab bersama

Mulai 23 September, penumpang bas awam yang memasang muzik atau video dengan kuat, meletakkan kaki di atas tempat duduk, membuang sampah atau makan dan minum di dalam bas boleh dikenakan denda sehingga $500.

Kesalahan lebih serius, termasuk mengotorkan bas atau membahayakan pengguna di pusat pertukaran bas, pula boleh membawa denda maksimum $5,000.

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video