Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengambil iktibar daripada insiden pembocoran data terburuk Singapura yang berlaku pada 2018, yang menjejas salah satu kluster penjagaan kesihatan, sebelum membentang Rang Undang-Undang Maklumat Kesihatan (HIB), kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.
Dalam catatan Facebook pada 20 Januari, Encik Ong mendedahkan bahawa MOH turut mendapatkan nasihat daripada negara lain yang lebih maju dalam menguruskan dasar...





