SEREMBAN (Negeri Sembilan): Isu tiga kampung di Kalimantan Utara, Indonesia, yang dilaporkan kini termasuk dalam wilayah Malaysia akibat perubahan garisan sempadan, masih dalam peringkat rundingan antara kedua-dua negara dan belum dimuktamadkan.
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, menjelaskan hal ini kerana isu sempadan darat perlu mengambil kira realiti keadaan struktur tanah dan bukan semata-mata berdasarkan garis lurus pada peta.





