Sejak ia mula diusulkan dan dirancang, Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) menetapkan wawasan tinggi, iaitu untuk melahirkan generasi kepimpinan agama dan asatizah yang berprestij dan berupaya menangani cabaran kompleks masa depan, serta menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Ia bukan sekadar membina satu institusi, namun merealisasikan cita-cita masyarakat Islam dalam memartabatkan masa depan agama, anak-anak bahkan kepimpinan...





