Aku telah menyaksikan segalanya. Telah pun menceritakan kepada semua namun mereka tetap meninggi diri mengenyah kisah-kisah yang kubawa.
Malahan mereka mencebik bibir setiap kali berbicara denganku – “Ah! Kau melihat apa yang kau mahu lihat sedari mula! Mendengar apa yang cuping telinga kau memang mencari sedari dulu. Cerita-cerita kau semuanya karut belaka!”





