Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sedang memberi sokongan kepada beberapa anggota kesatuan yang terjejas dengan bayaran gaji tertunggak di syarikat teknologi tempatan, OTSAW Digital, dan anak syarikatnya, OTSAW Swisslog Healthcare Robotics, sementara siasatan pihak berkuasa masih dijalankan.
Kedua-dua syarikat itu bukan syarikat berkesatuan, namun sebahagian pekerja terjejas merupakan anggota Kesatuan Sekerja Pekerja Perkilangan Maju (Ameu) dan Tech Talent Assembly –...





