Satu kajian mendapati kadar tabiat ‘gaming’ atau permainan elektronik bermasalah dan isu berkaitan – seperti bermain secara berlebihan dan kemurungan – dalam kalangan golongan muda di Singapura adalah lebih tinggi berbanding kadar yang dilaporkan di luar negara.
Kajian tersebut yang diketuai Profesor Madya dalam bidang Psikologi dari Universiti James Cook, Dr Peter Chew, meneliti sejauh mana gangguan permainan Internet (IGD)...





