Buat julung-julung kalinya pada Ramadan 2026, masyarakat Islam Singapura tidak perlu ke laman web atau media sosial masjid berasingan bagi mengakses maklumat berkaitan solat tarawih dan qiamullail, waktu pengagihan bubur dan khidmat menjaga anak atau childminding.
Dihimpunkan dalam satu peta digital yang dibentuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) melalui wadah maps.gov.sg, daya usaha itu bertujuan memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat berkaitan...





