Hampir lebih tiga dekad meniti perjalanan seni, pelakon filem bersiri, Polis Evo, Shaheizy Sam, 43 tahun, mengakui pernah dihimpit rasa rendah diri terhadap penampilan fizikalnya yang bertubuh rendah serta dianggap tidak kacak untuk menjayakan watak ‘hero’ dalam industri perfileman di Malaysia.
“Ada beberapa halangan yang saya lalui untuk membina nama kerana rata-rata pelakon yang berjaya ketika itu berwajah ‘Pan-Asian’ (wajah...





