Hasil daripada harta wakaf telah disalurkan untuk membina dan menyelenggara masjid dan madrasah, menyokong golongan miskin dan memerlukan, serta membiayai pembangunan masyarakat Islam di Singapura, demikian menurut Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Pada 2024, sebanyak $11.3 juta telah diagihkan kepada mauquf alaih atau benefisiari wakaf, termasuk ahli keluarga mereka, dan badan lain...





