Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Australia, Encik Anil Nayar, pada 17 Mac berkata rancangan radio penyiar nasional Australia, ABC Radio National Rear Vision, baru-baru ini melontarkan “dakwaan tidak berasas” mengenai sistem politik Singapura.
Menyentuh episod “Singapura dan bayang-bayang panjang Lee Kuan Yew”, Encik Nayar membidas hos, Encik Antony Funnell, dan beberapa pengulas yang menyifatkan Singapura sebagai “negara satu parti”, “autokrasi”, dan...





