Pelbagai kandungan menarik disediakan di wadah digital Berita Harian (BH). Berikut beberapa kandungan pilihan untuk anda nikmati.
NoTapis
Pelbagai kandungan menarik disediakan di wadah digital Berita Harian (BH). Berikut beberapa kandungan pilihan untuk anda nikmati.
NoTapis
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor dan pengurusan Lapangan Terbang Senai sedang meneliti langkah meningkatkan kapasiti, prasarana serta mutu perkhidmatan lapangan terbang itu bagi menampung pertumbuhan penumpang pada masa hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Encik Mohamad Fazli Mohamad Salleh, berkata perancangan perlu dilakukan lebih awal, seiring perkembangan pesat ekonomi, pelaburan dan pelancongan negeri.
MUNICH: Kapten skuad England, Harry Kane, berkata hasrat beliau untuk kembali ke England dari Jerman pada satu hari nanti “tidak lagi kuat”, termasuk keinginan bagi mengatasi rekod jaringan sepanjang zaman dalam Liga Perdana England (EPL).
Penyerang itu meninggalkan Tottenham Hotspur untuk menyertai Bayern Munich pada 2023 selepas menjaringkan 213 gol dalam divisyen utama England – kurang 47 gol di belakang...
WASHINGTON: Hutang negara Amerika Syarikat melepasi paras AS$40 trilion ($51.3 trilion) buat kali pertama pada 19 Ogos.
Ia mencetuskan kebimbangan mengenai kedudukan kewangan negara itu selepas berdekad bergantung kepada pinjaman untuk membiayai perbelanjaan pemerintah.
ABU DHABI: Amiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan penghentian semua urusan perdagangan dan kewangan dengan Iran, sekali gus meningkatkan tekanan ekonomi terhadap Teheran ketika pemerintahan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berusaha mengasingkan negara itu.
Keputusan itu diumumkan tidak lama selepas UAE menuduh Iran melancarkan peluru berpandu ke arah wilayahnya, sedang ketegangan serantau kembali meningkat.
TEL AVIV: Tentera Israel akan membuka siasatan jenayah terhadap tindakan anggotanya dalam dua kes berprofil tinggi di Gaza, termasuk kematian kanak-kanak Palestin berusia lima tahun, Hind Rajab, serta 14 petugas perubatan dan penyelamat Palestin.
Keputusan itu diumumkan pada 19 Ogos selepas satu pasukan pencari fakta tentera menjalankan penelitian panjang terhadap puluhan insiden yang dipertikaikan sepanjang perang Gaza.





