JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor terus memperkukuh peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai barisan hadapan dalam menyelesaikan isu rakyat, dengan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran dan kesejahteraan masyarakat.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata sejak beliau diberi amanah pada Mac 2022, tumpuan utama adalah menjadikan pentadbiran kerajaan tempatan lebih cekap, pantas dan dekat...





