Bakat seni yang mengalir dalam dirinya bukan sekadar minat bermusim atau hadir sementara.
Penyanyi, Azian Mazwan Sapuan, mula dikenali dalam industri seni sejak era 1980-an melalui program realiti, Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM), namun kecintaannya terhadap dunia seni sebenarnya telah berputik sejak di bangku sekolah lagi.
Azian, 51 tahun, yang berasal dari Terengganu, Malaysia, menyifatkan segalanya bermula daripada persembahan di...




