Sepanjang Jun, restoran Permata mengundang pelanggan menikmati bufet bertema, Pulau Pinang.
Bufet itu menampilkan hidangan jalanan di George Town yang terkenal dengan makanan berempah, masam manis dan pedas.
Bertempat di Gedung Kuning yang terkenal sebagai bangunan warisan yang pernah didiami oleh kerabat diraja Johor, Permata menjadi ruang makan dan acara yang menampilkan kemewahan warisan Nusantara dengan sentuhan moden di bawah...




