Persatuan Anak Borneo Semenanjung mendakwa isu tambang penerbangan yang terlalu mahal setiap kali musim perayaan Kaamatan dan Hari Gawai masih membelenggu rakyat Sabah dan Sarawak yang bekerja atau belajar di Semenanjung.
Presidennya, Cik Gangging Ling Sanggau, berkata pihaknya mula menerima banyak aduan sejak awal Mei apabila harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak meningkat mendadak sehingga mencecah antara RM1,000 ($321)...





