JAKARTA: Kejatuhan mendadak nilai rupiah berbanding dolar Amerika Syarikat serta peningkatan kos penerbangan kini mula memberi tekanan besar kepada industri umrah di Indonesia apabila pengendali pakej terpaksa menaikkan harga susulan kos operasi yang semakin meningkat.
Persatuan Penyelenggara Haji dan Umrah Indonesia berkata penyusutan nilai rupiah menjadi faktor utama yang menyebabkan kos perjalanan ibadah ke Arab Saudi semakin mahal bagi rakyat...





