TEHERAN: Pihak komand tentera Iran pada 8 Jun mengumumkan ia menghentikan operasinya terhadap Israel selepas kedua-dua pihak berbalas tembakan buat kali pertama sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada April.
Iran telah menyampaikan “tindak balas yang menyakitkan” kepada Israel dan “sehubungan itu, pemberhentian operasi angkatan tentera dengan ini diumumkan”, pihak komand Khatam al-Anbiya berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh televisyen...





