Pendirian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, untuk tidak bekerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak seharusnya ditafsirkan sebagai penolakan terhadap mana-mana kaum atau usaha menjejaskan kerjasama antara masyarakat berbilang bangsa.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Kulai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata kenyataan Datuk Onn Hafiz dibuat dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi BN Johor yang menyatakan pendirian politik...





