KULAI: Johor menggesa kerajaan Persekutuan menyegerakan pelaksanaan projek Transit Aliran Automasi Bertingkat (E-ART) sebagai penyelesaian utama bagi menyuraikan trafik di Johor Bahru apabila projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS), mula beroperasi 1 Januari 2027.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata langkah jangka pendek dan sederhana sedang dilaksanakan ketika ini termasuk memperluas kemudahan ‘Park and Ride’, melaksanakan pengurusan trafik pintar...





