Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan, termasuk Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Lembaga Taman Negara (NParks), serta pihak berkepentingan lain bagi meneliti kejadian yang menjejas pelaksanaan ibadah korban tempatan pada 2026.
Ketika ditemui semasa acara pengagihan daging korban luar negara, anjuran SalamSG, pada 18 Jun, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad...





