JAKARTA: Pendakwa raya Indonesia menyita sebuah gudang yang menyimpan lebih 21,000 motosikal elektrik milik program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah yang semakin meluas membabitkan pengurusan program sosial utama pemerintah itu.
Pasukan penyiasat daripada Pejabat Peguam Negara Indonesia (AGO) melakukan penyitaan di sebuah gudang di kawasan Sentul, Bogor, Jawa Barat pada 17 Jun, bagi mendapatkan dan melindungi...





