Kerja pembinaan tarikan kesejahteraan berskala besar pertama Singapura di Marina South akan bermula pada suku ketiga 2026.
Kemudahan tujuh tingkat itu menampilkan kolam termal, gelongsor air dan sauna.
Therme Singapore, yang dijadual dibuka pada 2030 dan terletak bersebelahan dengan Gardens by the Bay dan Marina Barrage, akan mempunyai lebih 20 kolam dan ciri air serta lebih 70 bilik rawatan kesejahteraan.




