KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan akan menyediakan dana kewangan bagi membiayai kos pembangunan projek Transit Aliran Automasi Bertingkat (E-ART) di Johor, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke.
Beliau berkata ketika ini, kaedah pembiayaan terperinci dan jumlah komitmen kewangan sebenar serta mekanisme pembayaran balik dalam tempoh konsesi masih di peringkat rundingan dan sedang dimuktamadkan.





