KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menafikan dakwaan ada membuat rundingan pakej pembayaran semula bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bersama ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, atau dikenali sebagai Jho Low, dan delegasi China.
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Encik Liew Chin Tong, antara lain menafikan laporan, Sarawak Report dan Wall Street Journal (WSJ) yang menyiarkan berita berhubung dakwaan terbabit.





