Alangkah bertuah dirimu wahai manikam nan terpilih antara ratusan intan bermutu yang tiada kurang silau kilaunya engkau yang dipetik menjadi harapan perjuangan bangsa
lalu diberikan julukan demi julukan tanpa kelahiran karya yang hebat lalu dihiasi pingat dan anugerah yang seolah-olah dicipta semalaman lalu dicanang namamu, dibukakan pintu-pintu sesudah peluang yang sikit disempitkan lagi oleh sang pengkhianat bangsa





