SEREMBAN: Seorang lelaki menjadi individu pertama ditahan polis selepas tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bermula sejak 18 Julai, kerana dipercayai melakukan kesalahan berkaitan pilihan raya, dengan merosakkan bendera Pakatan Harapan (PH) di sekitar Kuala Klawang, Jelebu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata lelaki berkenaan ditahan pada 19 Julai, menyusuli laporan mengenai bendera parti berkenaan...





