WASHINGTON/TEHERAN: Sekurang-kurangnya empat terbunuh selepas Amerika Syarikat melancarkan serangan udara ke atas Iran bagi malam ke-13 berturut-turut, ketika konflik antara kedua-dua negara terus memuncak dan mengancam kestabilan rantau Timur Tengah serta bekalan tenaga dunia.
Markas Pusat Amerika (Centcom) dalam kenyataan awal pagi 24 Julai memaklumkan bahawa tenteranya menyasarkan pusat pemerintahan tentera Iran, kemudahan simpanan dron, rangkaian komunikasi, tapak pemantauan pantai...





