Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Encik Zaqy Mohamad telah menunaikan solat Jumaat pertamanya sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam yang baharu di Masjid Darul Aman di Jalan Eunos pada 24 Julai.
Encik Zaqy, yang diumumkan pada 20 Julai mengambil alih peranan tersebut daripada Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, turut disertai oleh Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS),...





