SEREMBAN: Polis telah membuka beberapa kertas siasatan baharu berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, termasuk dakwaan cubaan menyogok pengundi, serta ucapan kempen Ahli Parlimen (AP) Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli, yang didakwa mengandungi unsur hasutan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata sepanjang tempoh 18 hingga 28 Julai lalu, polis telah menerima 62 laporan dan membuka 19...





