Motosikal RXZ milik seorang warga Singapura yang dirampas polis kerana penunggangnya didakwa melakukan aksi ‘superman’ ketika dalam perjalanan menghadiri Perhimpunan RXZ Members 8.0 di Terengganu.
MalaysiaJul 31, 2026 | 2:04 PM

Kerana aksi ‘superman’ di lebuh raya, warga S’pura kempunan sertai Perhimpunan RXZ di T’ganu

KUALA BERANG: Padah melakukan aksi ‘superman’ ketika menunggang motosikal, seorang lelaki warga Singapura ditahan ketika dalam perjalanan bagi menghadiri Perhimpunan RXZ Members 8.0 di Terengganu, kira-kira 6 petang pada 30 Julai.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab, berkata lelaki berusia 20-an tahun itu ditahan sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu kerana didapati memandu...

Tapak kediaman Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew, di 38 Oxley Road telah diperoleh pemerintah Singapura pada 31 Julai.
SingapuraJul 31, 2026 | 5:28 PM

Monumen Negara 38 Oxley Road diperoleh pemerintah S’pura

Pemerintah telah menyelesaikan proses pemerolehan dan mengambil alih tapak di 38 Oxley Road pada 31 Julai, bagi memeliharanya selaras dengan kepentingan sejarah dan kepentingan negara.

Dalam satu kenyataan media pada 31 Julai, Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Lembaga Warisan Negara (NHB) menyatakan bahawa pemerolehan itu hadir selepas tapak tersebut diwartakan sebagai Monumen Negara pada 12 Disember 2025, yang juga diwartakan...

Jumlah keseluruhan pekerjaan di Singapura meningkat sebanyak 10,700 pada suku kedua 2026, berbanding 9,400 pada suku sebelumnya.
EkonomiJul 31, 2026 | 5:14 PM

Pasaran pekerjaan S’pura terus berkembang, sedang pemberhentian naik 

Bilangan pemberhentian pekerja meningkat pada suku kedua 2026, namun pasaran tenaga kerja Singapura terus berkembang, menurut data awal pasaran buruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 31 Julai.

Sebanyak 4,500 pemberhentian pekerja direkodkan bagi tempoh April hingga Jun, meningkat berbanding 3,830 dalam tempoh Januari hingga Mac. Ini merupakan angka tertinggi sejak suku terakhir 2020.

Di bawah langkah baharu itu, pemandu bukan dalam tempoh percubaan yang melanggar lampu isyarat merah – 12 mata – semasa memandu laju – enam mata – akan digantung lesen serta-merta.
SingapuraJul 31, 2026 | 5:02 PM

Demerit pemandu dikurangkan dari 24 ke 18 mata mulai 2027

Mulai 1 Januari 2027, jumlah maksimum mata demerit yang boleh dikumpul oleh pemandu dalam tempoh 24 bulan sebelum digantung lesen akan dikurangkan daripada 24 kepada 18 mata.

Bagi pemandu dalam tempoh percubaan selama 12 bulan, had maksimum mereka akan dikurangkan daripada 13 mata demerit kepada 12 mata.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, memberi makan ikan semasa melawat Pusat Penetasan Akuakultur Prime di Pulau Ketam, berhampiran pesisir Pulau Ubin, pada 31 Julai.
SingapuraJul 31, 2026 | 4:38 PM

Geran baru bantu ladang S’pura imbang peningkatan kos akibat krisis Timur Tengah

Agensi Makanan Singapura (SFA) bakal melancarkan geran baharu bagi membantu pengeluar pertanian tempatan mengimbangi peningkatan perbelanjaan operasi akibat krisis di Timur Tengah.

Langkah ini turut memastikan pengeluaran makanan tempatan berjalan lancar dan tidak terganggu.

Geraldine Low Jun Ya (kiri) menggantikan Dr Benjamin Koh, yang telah berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif sementara NEA sejak 1 Jun.
SingapuraJul 31, 2026 | 4:33 PM

NEA terima CEO baru mulai 1 Sep

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan diterajui oleh pemimpin baharu mulai 1 September, dengan pelantikan Cik Geraldine Low Jun Ya sebagai ketua pegawai eksekutif.

Cik Low, 45 tahun, kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha (Pembangunan) di Kementerian Pembangunan Negara (MND).

Kali pertama cuba boling padang
Play Video

Singa kekalkan rentak kemenangan, tewas Timor-leste 2-0
Play Video

Sekolah perlu kekal terbuka dan selesa, cari keseimbangan antara keselamatan dan kebebasan
Play Video

Pelajar 14 tahun ditahan ISD, rancang tikam guru, rakan di sekolah
Play Video

Gol kemenangan Ilhan bantu Singa tewaskan Kemboja 2-1
Play Video