JAKARTA: Perdana Menteri Thailand, Encik Anutin Charnvirakul, memulakan lawatan rasmi pertamanya ke Indonesia pada 3 Ogos dengan mengadakan pertemuan bersama Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, bagi memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama serantau antara kedua-dua negara.
Lawatan selama dua hari itu merupakan kunjungan pertama seorang perdana menteri Thailand ke Indonesia dalam tempoh 15 tahun, sekali gus mencerminkan usaha kedua-dua negara...





