Walaupun jualan menerusi strim langsung TikTok beliau pada awalnya hanya ditonton sekitar 10 orang, Encik Nabill Shukry Johary sentiasa mendapat sokongan padu daripada arwah ibunya yang tidak pernah gagal menyuntik semangatnya.
Menurut Encik Nabill, arwah ibunya, Allahyarhamha Hajjah Nor Hayati Mohammed, sering meninggalkan komen positif setiap kali beliau melakukan strim langsung bagi menyuntik semangatnya ketika membangunkan perniagaan makanan dari rumah...





