Pengarah urusan Jinjja Chicken dan Jinjja Kitchen, Encik Bernard Tay bersama pemilik generasi ketiga Rumah Makan Minang, Encik Muhamad Hazmi Mohamad Zin berganding bahu bagi melancarkan menu khas sempena Hari Kebangsaan.
Pilihan kaki makanAug 3, 2026 | 5:49 PM

Korea ‘masuk Minang’: Rumah Makan Minang, Jinjja Chicken gabung tenaga

Sempena Hari Kebangsaan, ramai jenama makanan tampil dengan menu edisi khas. Namun bagi dua jenama tempatan, Jinjja Chicken dan Rumah Makan Minang, sambutan tahun ini bukan sekadar memperkenalkan hidangan baharu.

Malah, mereka berganding bahu menghasilkan dua hidangan edisi terhad yang menggabungkan kepakaran masing-masing, sekali gus meraikan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya yang menjadi identiti Singapura.

lelaki 90 tahun, demensia, tidak layak dibicarakan
SingapuraAug 3, 2026 | 6:44 PM

Pendakwa: Lelaki 90 tahun bunuh isteri di flat Bukit Panjang tak layak dibicarakan

Semasa berada di rumah sendirian bersama isterinya, seorang lelaki warga emas berusia 88 tahun yang menghidap demensia menyerang isterinya yang berusia 74 tahun sehingga terkorban di flat Bukit Panjang mereka pada 2024.

Serangan ganas itu meninggalkan luka parah yang mendedahkan keretakan pada tulang rahang, tulang selangka, tulang rusuk serta paru-paru mangsa, kata pihak pendakwa kepada Mahkamah Tinggi pada 3 Ogos.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak.
MalaysiaAug 3, 2026 | 6:36 PM

Bicara saman sivil 1MDB terhadap Najib bermula, tuntut AS$5.64 bilion

KUALA LUMPUR: Perbicaraan saman sivil 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap mantan Perdana Menteri Malaysia yang dipenjarakan, Encik Najib Tun Razak, bermula pada 3 Ogos, dengan syarikat itu menuntut kira-kira AS$5.64 bilion ($7.18 bilion) daripadanya dan beberapa individu lain berhubung dakwaan penyelewengan dana.

Dalam ucapan pembukaannya, peguam utama, Datuk Lim Chee Wee, yang mewakili 1MDB dan empat anak syarikatnya memberitahu Mahkamah...

PRN Johor, Negeri Sembilan, PH, PM Anwar
MalaysiaAug 3, 2026 | 6:31 PM

Penganalisis: Kegagalan calon Melayu PH menang kerusi di PRN N.Sembilan isyarat kritikal

Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan ke-16, serta kegagalan kesemua 22 calon Melayu daripada gabungan itu memenangi kerusi ditandingi pada PRN Negeri Sembilan meletakkan PH dalam keadaan serius, tetapi belum boleh dianggap sebagai kemerosotan atau keruntuhan menyeluruh, kata penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.

Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik di Universiti Malaya...

Tujuh daripada lapan lelaki yang didakwa ialah (mengikut dari kiri atas) Muhamad Haziq Bakatiar, Irham Hussaini Mohamad Hussain, Syahirul Daud Abdul Razak, Muhammad Ameerulah Noor Mohamed, Wilfred Ang Shui Lai, Muhammad Ngasri Sengngari, dan Fazal Hanafi Abdul Hameed Chaudhry.
SingapuraAug 3, 2026 | 6:16 PM

8 lelaki, seorang wanita didakwa atas kesalahan seks komersial, libatkan 2 remaja

Lapan lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 hingga 41 tahun dihadapkan ke mahkamah pada 3 Ogos atas dakwaan terbabit dalam eksploitasi seks terhadap kanak-kanak bawah umur.

Wanita berusia 20 tahun itu, yang maklumat dirinya tidak boleh didedahkan kerana perintah larangan bersuara (gag order), didakwa mengatur penyediaan perkhidmatan seks komersial melibatkan dua mangsa berusia 16 tahun serta meraih keuntungan daripada...

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menasihatkan  pengembara supaya merancang perjalanan lebih awal dan mempertimbangkan untuk melakukan perjalanan pada waktu bukan puncak.
SingapuraAug 3, 2026 | 6:07 PM

Trafik dijangka amat sesat di pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas sepanjang hujung minggu NDP

Pemandu kenderaan boleh menjangkakan “trafik amat sesak” di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas sepanjang hujung minggu panjang Hari Kebangsaan dari 7 hingga 10 Ogos.

Dalam satu kenyataan pada 3 Ogos, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menyatakan pengembara perlu merancang perjalanan lebih awal dan mempertimbangkan untuk melakukan perjalanan pada waktu bukan puncak, seperti awal pagi dan lewat malam.

Bila anak diumpan radikalisasi: Ibu bapa benteng pertama, perlu kenal 'dunia' anak
Play Video

Kali pertama cuba boling padang
Play Video

Singa kekalkan rentak kemenangan, tewas Timor-leste 2-0
Play Video

Sekolah perlu kekal terbuka dan selesa, cari keseimbangan antara keselamatan dan kebebasan
Play Video

Pelajar 14 tahun ditahan ISD, rancang tikam guru, rakan di sekolah
Play Video